ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

PM Anwar Lulus Pelanjutan Tempoh Pelepasan Cukai TAR UMT Selama 10 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pelanjutan tempoh pelepasan cukai Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) selama 10 tahun.

Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah meneliti isu pelepasan cukai TAR UMT serta menghargai peranan khas universiti itu dalam menyediakan pendidikan tinggi swasta yang berkualiti dan berpatutan.

Bagaimanapun, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata TAR UMT kekal tertakluk kepada semakan pematuhan sepanjang tempoh kelulusan berkuat kuasa.

“Ini termasuk syarat seperti mengemukakan penyata kewangan yang diaudit setiap tahun, selaras dengan keperluan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Feb lepas, Perdana Menteri dalam program Temu Anwar di kampus TAR UMT mengumumkan bahawa semua badan dan yayasan pendidikan akan menikmati pengecualian cukai selama 10 tahun termasuk universiti berkenaan. -BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan