ARTIKEL

Foto: Astro Awani

PM Anwar seru henti stigma mengenai masalah kesihatan mental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental. 

Beliau yang turut memakai riben hijau sebagai simbolik kepada kesedaran kesihatan mental, membuat membuat kenyataan itu sebelum menjawab soalan pertama pada Sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

“Kesihatan mental milik semua, hentikan stigma. Riben hijau saya pakai ini merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa. Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023,” kata beliau. 

Beberapa Ahli Parlimen turut kelihatan memakai riben hijau sebagai tanda menyokong kempen kesedaran kesihatan mental.

Anwar ketika membentangkan Usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat sebelum ini mengumumkan kerajaan akan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menangani isu kesihatan itu yang kian membimbangkan di negara ini.

Perdana Menteri berkata penubuhan institut itu bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu kesihatan mental di negara ini.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu