ARTIKEL

PM Anwar, Sultan Brunei Adakan Perbincangan Di Seri Perdana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan perbincangan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei (ALC) ke-26.


Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah di Seri Perdana pada 10.30 pagi, diiringi Putera ‘Abdul Mateen Bolkiah, disambut oleh Anwar.


Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta beberapa menteri Kabinet.


Sebaik tiba, Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara.


Selepas itu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala erat yang telah lama terjalin.


Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual menghadiri jamuan tengah hari yang dianjurkan Anwar di Seri Perdana.


Baginda berada di Malaysia bagi lawatan negara atas jemputan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.


ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei, yang menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin menilai kemajuan kerjasama sedia ada, membincangkan isu semasa serta bertukar pandangan mengenai hal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


Pada 2024, Brunei muncul sebagai rakan dagang keenam terbesar Malaysia di ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (USD1.77 bilion).


Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, jumlah dagangan Malaysia-Brunei mencatatkan USD690 juta (RM3.02 bilion), melibatkan eksport USD500 juta (RM2.18 bilion) dan import USD190 juta (RM840 juta). — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke