ARTIKEL

Delegasi X-Fab Sarawak semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Awang Putrayusrie, hari ini. (FOTO: UKAS)

PM Dijangka Hadir Majlis Perasmian Pembukaan 40K FAB Expansion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan 40K FAB Expansion di Kilang X-FAB Sarawak Sdn Bhd di Zon Industri Bebas Sama Jaya, pada 12 September depan.

Majlis tersebut juga dijangka dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta tetamu kenamaan yang lain.

Perkara itu dinyatakan oleh delegasi X-Fab Sarawak yang diketuai oleh Thilip Endira semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) UKAS, hari ini.

Menurut Thilip, kunjungan itu juga bertujuan untuk mendapatkan nasihat serta pandangan pihak UKAS.

“Ini terutamanya untuk mempromosi dan melancarkan perjalanan penganjuran majlis itu kelak,” katanya.

Sementara itu, Awang Putrayusrie menyatakan kesediaan UKAS untuk membantu dalam memastikan liputan meluas program itu nanti.

X-FAB Sarawak Sdn Bhd merupakan syarikat multinasional berpangkalan di Kuching, menyediakan perkhidmatan pembuatan wafer semikonduktor dan mempunyai kira-kira 1,500 pekerja dengan 90 peratus daripadanya merupakan anak Sarawak.

Produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut kebanyakannya digunakan dalam industri automobil di seluruh dunia.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha