Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelaskan isu tindakan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan oleh penganut Kristian pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menjawab soalan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pada pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10 pagi.
Dewan Rakyat bersidang 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun