ARTIKEL

Kredit: Bernama

PM luang masa berbuka puasa dengan warga Parlimen Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga dan petugas Parlimen Malaysia.

Berlangsung di Dewan Banquet Parlimen, Anwar yang tiba pada 6.30 petang disambut oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Kabinet, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan para hadirin termasuk tetamu jemputan. 

Bertemakan “Islah MADANI: Memurni Jiwa, Membangun Ummah”, majlis turut diserikan dengan pengisian tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil. 

Selesai berbuka puasa, Perdana Menteri bersama dengan kepimpinan tertinggi dan warga Parlimen menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai