ARTIKEL

PM sangkal dakwaan negeri ditadbir pembangkang dianak tiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR SETAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau ‘menganaktirikan’ negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata kerajaan telah meningkatkan peruntukan kepada negeri terbabit termasuk Kedah, yang kini ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN).

“Untuk Johor naik peruntukan, untuk Kedah naik peruntukan, Alhamdulillah… tapi ada yang pakai serban cakap Anwar ini telah menganak tiri (negeri pembangkang). Itu cakap fitnah. Jadi, saya harap saudara faham.

“Saya tahu apa erti fitnah, saya tahu apa erti sakit bila dipukul, saya (tahu) erti menderita hidup dalam lokap… apa erti bila jadi Perdana Menteri saya zalim pada orang?” katanya ketika berucap pada program Himpunan MADANI Kedah 2023 di sini malam ini.

Anwar berkata sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa sebaliknya berhasrat membangunkan semula negara dengan rakyat yang mempertahankan integriti.

Beliau turut menyeru rakyat khususnya di Kedah agar menyokong Kerajaan Perpaduan yang membawa dasar yang mengangkat martabat rakyat dan negara.

“Takkanlah sebab buat majlis hari raya nak menang (atau) kalah pilihan raya… kerana beri makan hari raya, dapat undi, tidak. Saya tidak mahu saudara saudari sokong saya sebab itu,” katanya.

Perdana Menteri juga berazam untuk membuktikan kepada negara dan dunia bahawa terdapat orang Melayu yang boleh memimpin negara ini dengan baik serta mampu membawa perubahan atas nama Islam.

“Saya nak tunjukkan bawah pimpinan Islam, kita boleh tadbir dengan baik dan tegakkan keadilan bagi semua rakyat negara kita dan saya harap anak muda di negara ini bawa juga perubahan ini, bukan dengan kebencian tetapi dengan kasih sayang,” katanya.

Himpunan MADANI itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.