ARTIKEL

PM Thailand didenda 6,000 baht tak pakai pelitup muka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha adalah antara yang terawal didenda kerana tidak memakai pelitup muka hari ini, hari pertama pihak berkuasa di ibu negara Thailand mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam.

Prayuth yang juga Menteri Pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan, pagi Isnin.

Sekeping gambar Prayuth tanpa memakai pelitup muka semasa mempengerusikan mesyuarat disebar meluas di media sosial awal hari ini. Gambar yang dimuatkan di Facebook rasmi Prayuth itu bagaimanapun telah dipadam kemudiannya.

Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang menerusi Facebook berkata beliau menfailkan aduan terhadap perdana menteri hari ini.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan