ARTIKEL

Perdan Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan isteri, Thananon Niramit disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika tiba bagi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya hari ini. Turut mengiringi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. --Foto BERNAMA

PM Thailand Tiba Untuk Mulakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesawat khas yang membawa Anutin dan isterinya Thananon Charnvirakul, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 11.11 pagi.

Ketibaan mereka disambut Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang juga menteri pengiring sepanjang lawatan itu.

Sejurus tiba, Anutin memeriksa barisan kawalan kehormatan yang dianggotai 34 anggota dan pegawai daripada  Batalion Pertama  Rejimen Ranjer Diraja, diketuai  Mejar Nur Addeen Mustaza.

Ini merupakan lawatan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada Mac 2026. Lawatan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang erat antara kedua-dua negara dan mempererat kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Anutin dijadual mengadakan mesyuarat dengan Anwar di Perdana Putra, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai perkembangan hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

Kedua-dua pemimpin akan turut menyaksikan majlis penandatanganan dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pertanian, yang mencerminkan komitmen Malaysia-Thailand untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tersebut.

Anwar juga akan menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan Anutin dan delegasinya di Kompleks Seri Perdana.

Esok, kedua-dua Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah, bagi menyempurnakan majlis perasmian pembukaan jalan yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Malaysia dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.

Pada 2025, Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan mencecah RM118.57 bilion (US$27.73 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand berjumlah RM31.33 bilion (US$7.90 bilion), berbanding RM27.35 bilion (US$6.15 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2025. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk