ARTIKEL

Uggah menunjukkan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak, hari ini. FOTO: MOHD ALIF NONI

PMKS digalak teroka pembiayaan alternatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) digalakkan untuk meneroka pembiayaan alternatif seperti pembiayaan awam (crowdfunding) dan modal teroka (venture capital).

Timbalan Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini adalah bagi menangani isu yang menjejaskan pertumbuhan perniagaan serta mengehadkan kemajuan teknologi.

“Kami akan terus menyediakan program bantuan kewangan, iaitu Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Go Digital, Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS).

“Sejak 2021, lebih 9,400 PMKS menerima manfaat daripada skim ini dengan jumlah pembiayaan berjumlah RM204.3 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Di samping itu, katanya, agensi persekutuan dan negeri turut menawarkan bantuan kewangan untuk menyokong PMKS dalam mendapatkan pembiayaan dan mengukuhkan aliran tunai.

Jelasnya, sehingga kini, lebih daripada 178,000 PMKS menerima manfaat daripada inisiatif ini, dengan jumlah pembiayaan sekitar RM3.3 bilion daripada Bank SME, Amanah Ikhtiar Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Katanya lagi, ini turut merangkumi Pembiayaan Hijau untuk PMKS oleh Alliance Bank dan Dana Strategik oleh OCBC bagi menyokong pelaburan dalam bidang hijau dan mampan.

Sehubungan itu, Uggah memberitahu Sarawak sedang giat memperluas pembangunan infrastruktur dan kemudahan industri, bagi merangsang ekosistem perniagaan yang dinamik dan mampan.

“Pada 2025, kami memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi pembangunan 14 kawasan perindustrian yang direka untuk memenuhi keperluan pelbagai sektor, termasuk pembuatan, teknologi dan tenaga mampan, selaras dengan agenda pembangunan industri negeri.

“Kementerian sedang membangunkan 18 Anjung Usahawan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11.5 juta, yang menyediakan infrastruktur asas terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak.

“Setakat suku pertama 2025, sebanyak enam taman perindustrian dan empat Anjung Usahawan disiapkan, manakala lima taman perindustrian dan dua Anjung Usahawan sedang dalam pembinaan.

“Sebanyak sembilan taman perindustrian dan 17 Anjung Usahawan sedang berada di pelbagai peringkat prapelaksanaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) atas pelaksanaan Program Pembangunan Premis – Tamu Desa yang menyokong penjaja dan peniaga kecil tempatan untuk menaik taraf premis perniagaan, khususnya di kawasan luar bandar seluruh Sarawak.

Ujarnya, daripada 39 projek, 26 siap, manakala baki 13 projek dijadualkan siap menjelang Jun 2025.

Tambahnya, dengan pembiayaan sebanyak RM8 juta yang diluluskan, inisiatif ini membantu meningkatkan infrastruktur perniagaan dan peluang ekonomi kepada peniaga tempatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat