ARTIKEL

BAKAT BAHARU...murid SK Kampung Baru, Bintulu yang menyertai program berkenaan.

PMNS perkasa sukan Muaythai dalam kalangan murid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Mari Mencuba Muaythai merupakan pendekatan yang holistik dalam mempromosikan sukan tempur itu kepada murid sekolah dan mereka yang berminat untuk menceburi sukan yang semakin popular itu.

Selain menjadi platform untuk menarik minat murid, program itu juga memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat baharu serta berpotensi menjadi atlet pelapis skuad Sarawak.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Bintulu Awangku Ali Udin Pengiran Adenani menegaskan, penganjuran program tersebut dilihat sebagai langkah yang tepat kerana mampu menyuntik semangat golongan sasar iaitu murid sekolah untuk menceburi sukan Muaythai.

Sekali gus, menjadi landasan terbaik untuk menimba pengalaman baharu demi membentuk sahsiah dan keperibadian murid.

Justeru, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) kerana berkongsi dan menyampaikan ilmu kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah itu.

“Akademik semata-mata sememangnya tidak cukup sebagai bekalan kepada pelajar untuk masa depan, sebaliknya kemahiran insaniah seperti ini penting untuk generasi kini bagi menghadapi cabaran yang akan datang.

“Pihak sekolah sentiasa menyokong hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) dengan sentiasa responsif terhadap keperluan murid ke arah memupuk dan membina bakat murid-murid,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Hadir sama Presiden PMNS Jumaat Ibrahim.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Sivasangari Selangkah Ke Final Terbuka Mesir

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari hanya selangkah ke final Terbuka Mesir 2026 selepas mara ke separuh akhir di Giza, semalam. Beraksi di hadapan

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk