ARTIKEL

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

PN anggap calonnya sebagai ‘underdog’ dalam PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH, Perak: Perikatan Nasional (PN) sudah mengenal pasti calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, dan pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi, kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, kata Timbalan Pengerusi PN itu, mereka sedar mereka bertanding dalam PRK itu sebagai ‘underdog’ tetapi yakin mereka dapat menarik sokongan pengundi di kawasan majoriti Melayu tersebut, yang juga ada ramai pengundi India dan Orang Asli.

Faizal, yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata kerusi itu telah dipegang oleh DAP selama beberapa penggal di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sama, mendiang Lee Kee Hiong.

“Pertanyaan yang sering diajukan ialah siapa yang akan menjadi calon Perikatan.

“Apa yang saya dapat katakan ialah apabila kita menurunkan calon nanti, dia akan datang daripada Perikatan, bukan Bersatu, PAS atau Gerakan,” katanya kepada pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Keturunan Dukut Maharajo di Kampung Kepayang di sini, semalam.

“Persoalan mengenai parti calon nanti tidak timbul. Kita mengadakan mesyuarat majlis tertinggi hampir setiap bulan, dan sudah mengenal pasti calon.”

Menurutnya lagi, calon mereka nanti adalah seorang warga tempatan yang memiliki tahap pendidikan yang boleh diterima.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi, manakala tarikh pencalonan adalah 27 April dan undian awal pada 7 Mei.

Kerusi itu kosong ekoran kematian Lee, 58, pada 21 Mac lepas.

Lee, yang menjadi ADUN di sana sejak 2013, telah bergelut dengan kanser selama beberapa tahun.

Beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,119 undi dalam Pilihan Raya Negeri pada tahun lepas untuk menewaskan calon PN, Teoh Kien Hong.

PRK Kuala Kubu Baharu merupakan PRK ketujuh diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah