ARTIKEL

Gambar Hiasan

Poket kempis lepas raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AIDILFITRI yang sudah lima hari diraikan hari ini ialah waktu yang penuh dengan kegembiraan dan kemeriahan.

Namun, selepas Aidilfitri, ramai yang mungkin menghadapi masalah kewangan, termasuk poket kempis.

Hal ini disebabkan perbelanjaan yang besar semasa menyambut hari raya seperti membeli pakaian baru, menyediakan juadah, dan memberi duit raya.

Ramai ibu bapa mula pening kepala sebab bulan masih panjang sebelum menerima gaji. Bukan seorang, tetapi ramai yang menghadapi dilema ini.

Tidak keluarkan duit, banyak barang raya tidak dapat disediakan. Jadi, setiap hari berfikir mencari cara untuk mendapatkan wang lebih.

Untuk mengelakkan masalah berulang ini — masalah kewangan selepas Aidilfitri, penting untuk membuat perancangan yang bijak.

Nilai perbelanjaan yang dibuat semasa Aidilfitri.

Jika banyak wang dibelanjakan, cuba untuk mengenal pasti kehendak atau keperluan yang boleh dikurangkan.

Sebagai contoh, jika terlalu banyak membeli barang-barang tidak perlu, cuba untuk lebih berdisiplin pada masa depan dan hanya membeli barang yang benarbenar diperlukan.

Setelah mengetahui jumlah perbelanjaan, buat belanjawan untuk bulan selepas Aidilfitri.

Ini akan membantu kita merancang pengeluaran wang dan memastikan wang yang ada hanya digunakan untuk keperluan utama.

Jangan lupa untuk menyisihkan sebahagian pendapatan untuk tabungan kecemasan agar keadaan kewangan lebih stabil pada masa hadapan.

Jika kewangan selepas Aidilfitri agak terhad, cuba cari sumber pendapatan tambahan.

Kita boleh melakukan kerja sambilan atau mencari peluang perniagaan kecil untuk menambah wang saku.

Pendapatan tambahan ini dapat membantu meringankan beban kewangan.

Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan poket kempis selepas Aidilfitri adalah dengan menghindari penggunaan kad kredit atau meminjam wang.

Lebih baik jika segala perbelanjaan dapat ditampung dengan wang yang disimpan, bukannya berhutang.

Cuba elak guna duit gaji.

Dengan merancang belanjawan yang baik dan mengelakkan perbelanjaan berlebihan, kita dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik dan bebas daripada tekanan kewangan.

Tabung Aidilfitri

Di Malaysia, persiapan untuk menyambut Aidilfitri memerlukan perancangan kewangan yang baik, kerana pelbagai kos perlu ditanggung.

Oleh itu, menabung untuk Aidilfitri adalah langkah penting untuk memastikan kita dapat menyambut perayaan ini dengan gembira tanpa membebankan kewangan.

Langkah pertama dalam menabung ialah dengan menentukan matlamat kewangan yang jelas.

Sebagai contoh, kita perlu mengira berapa banyak wang diperlukan untuk membeli pakaian baru, menyediakan juadah hari raya, dan memberi duit raya.

Sekiranya berhasrat untuk memberi duit raya kepada saudaramara atau anak-anak, tentukan jumlah yang akan diberikan kepada setiap orang.

Ini membantu kita mengetahui jumlah wang yang perlu disimpan sebelum Aidilfitri tiba.

Setelah menentukan matlamat kewangan, langkah seterusnya ialah membuat belanjawan bulanan.

Rancang perbelanjaan dengan teliti. Utamakan keperluan dan kurangkan perbelanjaan tidak perlu.

Jika kita biasa membelanjakan wang untuk makan di luar, cuba kurangkan jumlahnya atau masak di rumah untuk menjimatkan wang.

Dengan cara ini, kita akan dapat menyisihkan wang untuk menabung tanpa menjejaskan kehidupan harian.

Salah satu cara berkesan untuk menabung adalah dengan membuka akaun simpanan khas untuk Aidilfitri.

Dengan menyimpan wang di tempat yang terasing daripada akaun harian, ia mengurangkan risiko tergoda untuk menggunakannya bagi tujuan lain.

Setiap kali menerima pendapatan, cuba sisihkan sebahagian wang itu ke dalam akaun tersebut.

Pastikan jumlah simpanan ini mencukupi untuk memenuhi matlamat kewangan Aidilfitri.

Menabung secara konsisten ialah kunci untuk mencapai matlamat kewangan Aidilfitri.

Tetapkan sasaran harian atau mingguan untuk menabung.

Sebagai contoh, jika ingin mengumpul RM1,000 untuk Aidilfitri dan kita mempunyai dua bulan untuk menabung, kita perlu menabung sekitar RM16 sehari.

Dengan menabung sedikit demi sedikit setiap hari, kita akan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan tanpa berasa terbeban.

Percepat proses menabung

Untuk mempercepat proses menabung, cuba cari pendapatan tambahan.

Buat kerja sambilan, menjual barang-barang terpakai, atau manfaatkan kemahiran yang ada untuk menawarkan perkhidmatan seperti fotografi, menulis, bertukang atau apa-apa sahaja.

Pendapatan tambahan ini boleh dimasukkan terus ke dalam akaun tabung Aidilfitri, sekali gus mempercepat sasaran kewangan.

Untuk memastikan menabung dengan lebih efektif, cuba nilai perbelanjaan harian.

Apakah perkara yang boleh dikurangkan atau dielakkan?

Sebagai contoh, jika biasanya kita membeli air kopi setiap hari, cuba buat sendiri di rumah.

Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dapat berikan lebih banyak wang untuk dimasukkan ke dalam tabung Aidilfitri.

Menjelang Aidilfitri, banyak kedai menawarkan promosi dan diskaun untuk pakaian, makanan, dan pelbagai barangan lain.

Walaupun ini memberikan peluang untuk membeli dengan harga lebih murah, pastikan beli mengikut keperluan.

Bukannya kerana terpedaya dengan tawaran yang menarik!

Ini akan membantu mengelakkan perbelanjaan berlebihan yang boleh menjejaskan simpanan Aidilfitri.

Menabung untuk Aidilfitri juga memerlukan perancangan dan disiplin kewangan.

Dengan menetapkan matlamat kewangan yang jelas, buat belanjawan, dan menabung secara konsisten, kita boleh menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan tanpa tekanan kewangan.

Jangan lupa untuk menilai perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran, serta mencari peluang untuk menambah pendapatan.

Dengan langkah-langkah ini, sambutan Aidilfitri pasti lebih bermakna dan tidak membebankan kewangan.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha