ARTIKEL

Polis ada petunjuk suspek dikaitkan kes conteng mural

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Polis menemui beberapa petunjuk dikaitkan dengan dua wanita yang disyaki menconteng perkataan kurang menyenangkan pada mural gergasi potret beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata berikutan itu pihaknya yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini kita tidak boleh cakap yang kita sudah kenal pasti suspek kerana kita masih siasat.

“Kita ada beberapa sasaran dan masih buat susulan tetapi kita ada juga petunjuk berhubung perkara itu. Polis akan teruskan siasatan (berdasarkan petunjuk berkenaan),” katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Bertindak bersama agensi dan jabatan kerajaan bagi projek inisiatif bersepadu menangani masalah penyalahgunaan dadah di Selangor.

Dalam kejadian Isnin lalu, perbuatan vandalisme ke atas mural gergasi potret beberapa pemimpin negara tersebut disedari seorang pekerja restoran di kawasan itu yang kebetulan melalui lokasi tersebut kira-kira jam 8 pagi.

Mural gergasi memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah.

— BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Naik Taraf Sekolah Mubaligh di Sarawak

KUCHING: Peruntukan RM30 juta untuk sekolah mubaligh Sarawak tahun ini bukan sahaja bagi menaik taraf infrastruktur, malah RM10 juta daripadanya dikhususkan untuk meningkatkan pencapaian akademik