ARTIKEL

Polis berjaya rampas lebih satu kilogram syabu bernilai RM51,397

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kegiatan dua lelaki tempatan dipercayai mengedar syabu terbongkar apabila polis merampas lebih satu kilogram dadah itu bernilai RM51,397 dalam serbuan di Kampung Bintawa Ulu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 51 tahun ditahan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching hasil risikan yang dijalankan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 1,027.95 gram dadah disyaki syabu yang dianggarkan bernilai RM51,397,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Alexson, polis turut menyita wang tunai RM3,303 yang dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 51 tahun positif methamphetamine manakala suspek berusia 38 tahun negatif dadah,” jelasnya.

Menurutnya, semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

“Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan PDRM dalam membanteras kegiatan pengedaran dadah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menyalurkannya kepada Jabatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat