ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Polis berjaya selamatkan nyawa mangsa kemalangan daripada terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Tindakan pantas anggota polis yang terlibat dalam kemalangan antara sebuah kereta dan trak polis di Jalan Bukit Cherakah, Klang awal pagi tadi berjaya menyelamatkan nyawa seorang mangsa daripada terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata empat individu termasuk tiga anggota polis terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira 6.40 pagi sebelum menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kemalangan dipercayai akibat pertembungan antara dua kenderaan terbabit menyebabkan kereta dipandu seorang lelaki terbakar 90 peratus.

“Bagaimanapun pemandu kereta yang dalam keadaan sedar telah diselamatkan oleh anggota terlibat dengan memecahkan cermin dan menarik keluar mangsa sebelum kereta terbakar sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata kemalangan tersebut menyebabkan pemandu kereta berusia 56 tahun itu patah kaki manakala seorang anggota polis iaitu pemandu trak patah tangan dan dua lagi anggota cedera ringan.

“Makluman awal komander operasi turut menyatakan pemandu trak polis yang patah tangan akibat kemalangan itu telah bertindak mengundurkan trak bagi mengelakkan kenderaan berkenaan terbakar,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang bagi mendapatkan rawatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha