Polis buru Ato, suspek utama kes pembunuhan

KOTA SAMARAHAN: Hasil pemeriksaan CCTV membawa kepada pemburuan lelaki warganegara Indonesia bernama Ato yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Muhammad Shahril Matnor, 20 pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Tengah Tuie, Pusa, Betong ditemui mati di sebuah bilik sewa di Bandar Riyal di sini.

“Suspek berusia 30-an berasal Singkawang, Kalimantan Barat Indonesia. Dia masih bebas dan merupakan suspek utama kes ini,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Muhammad Sharil ditemui dengan kesan kesan tikaman pada leher dan badan – merupakan rakan baik suspek. – Berita lanjut di Suara Sarawak esok.