ARTIKEL

Gambar hiasan janaan AI

Polis buru dua pemandu kereta enggan beri laluan kepada ambulans

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Polis sedang mengesan dua pemandu kereta yang enggan memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan membawa pesakit ke hospital di KM25, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee, berkata pihaknya telah mengesan kejadian tersebut kira-kira pukul 2.30 petang melalui satu video yang tular di media sosial, berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan yang dipandu oleh warga tempatan.

Beliau menambah, ambulans terbabit sedang dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Kaedah 9 LN166/59 berkenaan kesalahan tidak memberi laluan kepada ambulans.

“Pengguna jalan raya diingatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Apabila mendengar atau melihat kehadiran kenderaan kecemasan seperti ambulans, polis, dan bomba, pastikan untuk memberikan laluan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan