ARTIKEL

Polis buru dua suspek kes samun bersenjata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUAR: Polis giat memburu dua lelaki terlibat dalam kejadian kes samun bersenjata yang berlaku di Taman Sri Treh, di sini, pada kira-kira pukul 6.20 petang, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata sebaik menerima panggilan daripada orang awam pihaknya bergegas ke tempat kejadian namun kedua-dua suspek telah berjaya melarikan diri.

Katanya semalam, polis berjaya menemukan kenderaan yang digunakan suspek yang ditinggalkan di Jasin, Melaka.

Pihak polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan boleh dikenakan denda serta sebatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menyalurkannya kepada Insp P S Seventhi di talian 011-1625 1909 atau hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-952 6001 bagi membantu siasatan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

KDN lulus 225 permohonan kewarganegaraan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 225 daripada 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Sarawak bagi tempoh 2024

BERITA TERBARU