PADAWAN: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kota Sentosa, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu, suspek dipercayai melakukan kegiatan tersebut seorang diri.
“Suspek yang bersenjatakan pisau melarikan diri dengan berjalan kaki sejurus selepas melakukan rompakan tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah, jumlah kerugian yang dialami premis terbabit dianggarkan bernilai RM1,249.



