ARTIKEL

Polis cari waris mayat lelaki ditemui di Jalan Bukit Lima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di kawasan semak berhampiran bekas tapak pengumpulan besi buruk, Jalan Bukit Lima, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 6.57 petang pada 22 November, selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia di kawasan semak berhampiran lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa serta menentukan punca sebenar kematian.

Mayat lelaki ditemui di kawasan semak Jalan Bukit Lima, Sibu. Foto: APM Sibu

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan serta usaha mengesan waris mangsa.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan berkenaan diminta tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, SI Donny Lai menerusi talian 013-8335571, Balai Polis Ulu Lanang (084-211221) atau IPD Sibu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU