ARTIKEL

MINTRED perkukuh laluan syarikat Sarawak ke pasaran antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) sedang memperkukuh laluan pembangunan perusahaan menerusi kerjasama dengan Bursa Malaysia, rakan industri dan institusi kewangan.

Menterinya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata langkah itu dilaksanakan menerusi pendekatan lima peringkat, iaitu memulakan, memperkukuh, mengembangkan, membekalkan dan mengantarabangsakan.

“Pada masa ini, Sarawak mempunyai 37 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran kira-kira RM24 bilion.

“Kita juga telah mengenal pasti 22 syarikat berprestasi tinggi yang mencatatkan hasil tahunan melebihi RM10 juta untuk dibangunkan lagi menjadi pemain industri yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan oleh timbalannya, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Kapasiti Sarawak dan Pengiktirafan Vendor di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, Awang Tengah berkata kementeriannya juga menggalakkan pembentukan perkongsian strategik, usaha sama dan konsortium bagi membolehkan syarikat tempatan melaksanakan projek yang lebih besar serta mengembangkan operasi ke pasaran antarabangsa.

Menurutnya, Sarawak kini memasuki fasa pembangunan perindustrian yang amat penting dan menarik, namun kejayaan sebenar perlu diukur bukan sahaja melalui pelaburan dan pertumbuhan industri, tetapi juga melalui kekuatan syarikat tempatan, kualiti pekerjaan yang diwujudkan serta peluang yang tersedia kepada rakyat Sarawak.

“Kita mahu melihat lebih banyak syarikat Sarawak berkembang daripada subkontraktor kepada kontraktor utama, daripada pembekal tempatan kepada pemain serantau dan seterusnya menjadi peneraju industri di peringkat antarabangsa,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Persaraan bukan penghalang berbakti kepada masyarakat

JULAU: Persaraan bukanlah penghalang bagi bekas guru untuk terus menabur bakti kepada masyarakat, sebaliknya mereka digalakkan kekal aktif dalam kegiatan komuniti dan ekonomi serta berkongsi