ARTIKEL

Polis dan sekolah kukuh kerjasama, pantau aktiviti pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Program hari pertama di sekolah peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marudi berjalan lancar dengan pengisian taklimat dan pendedahan kepada pelajar berkaitan jenayah.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib berkata, program itu bertujuan mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

“Selain itu, ia juga bagi mengeratkan hubungan antara pihak PDRM dengan sekolah. Di samping memastikan tahap disiplin serta tingkah laku semua pelajar dipantau oleh pihak polis untuk mewujudkan suasana selamat di setiap sekolah,” katanya pada program di SMK Telang Usan.

Dalam lawatan tersebut, Mohd Ruslan turut meluangkan masa untuk membuat sesi perbincangan bersama pihak sekolah untuk mengetahui permasalahan dalam kalangan pelajar.

Selain itu, beliau turut memberi nasihat kepada para pelajar agar tidak terlibat dengan kegiatan ponteng sekolah, vandalisme, buli serta kesalahan-kesalahan trafik.

Pada sama sama tidak terlibat dengan jenayah yang lebih mudarat dan ekstrem seperti penyalahgunaan dadah dan gengsterisme.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu