ARTIKEL

Polis kesan individu terlibat bakar mercun sehingga ganggu ketenteraman awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan individu dipercayai terlibat dalam kes mengganggu ketenteraman awam dengan membakar mercun pada awal pagi yang tular dalam media sosial, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam Ramsay Embol berkata dalam kejadian itu mercun berkenaan yang dipercayai melepaskan letupan kuat sebanyak kira-kira 50 hingga 100 das secara berturut-turut bagi sesi fotografi perkahwinan di kawasan parkir awam Setia Alam Community Trail, di sini.

“Dalam rakaman yang tular itu menunjukkan kejadian berlaku pada 1.05 pagi, 26 April dan pembakaran mercun dilakukan sebanyak tiga siri mercun secara berturut-turut.

Kejadian kembali berulang pada 27 April kira-kira 2.11 pagi.

“Satu laporan polis telah diterima pada 8.26 pagi, 29 April selepas video itu tular dalam media sosial dan mendapat perhatian orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Ramsay berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Siti Mahanira Mahat menerusi talian 019 2522 905 bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat