ARTIKEL

Kredit : PDRM

Polis Kesan Nur Syamimi Husna Hilang Sejak 24 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIBONG TEBAL: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sini sejak Ahad lepas (24 Ogos).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata Nur Syamimi Husna Mohd Fikry, 17, gagal dikesan dan tidak pulang ke rumahnya hingga hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan D.Surianah Jamlan di talian 014-8696851 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU