ARTIKEL

Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang sejak Julai lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 30 Julai lalu di Taman Desa Kebudayaan, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata laporan kehilangan Pang Sin Siang, 15, yang bertubuh gempal dan berkulit cerah, dibuat oleh ibunya pada 31 Julai lalu di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini.

“Sebelum ini, remaja tersebut pernah menyuarakan niatnya untuk berhenti sekolah dan mahu mengikut rakannya bekerja di Kuala Lumpur namun perkara itu tidak diendahkan kedua-dua ibu bapanya.

“Kehilangannya hanya disedari pada 30 Julai lalu selepas dia tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh kedua ibu bapanya hingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Justeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah