ARTIKEL

Polis minta saksi tampil bantu kes langgar lari di Batu 9 Jalan Matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan meminta saksi tampil bagi membantu siasatan dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan seorang pejalan kaki di Batu 9 Jalan Matang, di sini.

Menurutnya IPD Padawan, kejadian tersebut berlaku semalam, kira-kira jam 6 petang membabitkan seorang lelaki berumur 29 tahun yang dilanggar lari.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja menghala ke Batu 10, Jalan Matang.

“Semasa dalam perjalanan, mangsa tiba-tiba telah dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan dan telah disahkan meninggal dunia.

Sehubungan itu katanya, pihak polis meminta agar orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini untuk tampil bagi membantu siasatan. 

Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan Inspektor Muhammad Azim di talian 011-36172665.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke