ARTIKEL

Foto IPD Miri

Polis Miri rampas dadah bernilai RM634,687 dan tahan seorang lelaki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM634,687 dalam dua serbuan berasingan di Miri pada 5 April lepas.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata serbuan pertama dilakukan di kawasan Desa Murni, Bandar Baru Permyjaya yang membawa kepada penangkapan suspek berusia 33 tahun bersama rampasan bahan disyaki dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 150 gram.

Menurut beliau, susulan penahanan itu, suspek kemudiannya memandu pihak polis ke sebuah rumah di Lorong Murni, Desa Murni di bandar baru berkenaan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

“Dalam serbuan kedua itu, polis berjaya menemukan dan merampas dadah disyaki jenis MDMA dengan anggaran berat 3.37 kilogram.

“Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM634,687.50 dan bekalan ini dipercayai boleh digunakan oleh seramai 4,010 penagih dadah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Beliau menambah bahawa pihak polis kini sedang giat mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat bagi memastikan rangkaian pengedaran dadah berkenaan dilumpuhkan sepenuhnya.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU