ARTIKEL

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Di Pandan Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Pandan Jaya, di sini, sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata Norziah Jorhan, 17, dipercayai meninggalkan kediamannya kira-kira 5 pagi.

“Norziah berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berat 56 kilogram, berbadan kurus dan berkulit cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Inspektor Nur Alia Dyana Raimi menerusi talian 017-651 5201 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya melalui talian 03-4289 7222, atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya