ARTIKEL

Kredit : IPD Kerian

Polis mohon bantuan orang ramai cari Zakaria Mamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Zakaria Mamat, 51, yang dilaporkan hilang di Kuala Kurau sejak 13 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata Zakaria beralamat Batu 12 1/2, Jalan Pantai, Kuala Kurau.

Beliau berkata lelaki itu berketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berambut pendek berwarna hitam, bermisai nipis, dan berbadan kurus dengan parut berlubang pada lengan kiri.

“Pakaian terakhir yang dikenakan ialah baju-T berwarna merah dan seluar kelabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Juna meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Mejar Sukri Azali di talian 016-4452598 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan