ARTIKEL

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja lengan pendek bercorak petak warna hitam-putih, berseluar panjang hitam dan memakai selipar jenis sandal warna hitam.

Beliau berkata remaja perempuan itu berbadan sederhana, mempunyai ketinggian dianggarkan 150 sentimeter selain mempunyai tahi lalat di bahagian pipi sebelah kiri.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan lbu Pejabat Polis Daerah Maran di talian 09-4771222. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi