SARATOK: Polis Saratok mengesahkan penemuan ketiga-tiga mayat warga Indonesia yang terlibat dalam insiden bot karam di Sungai Krian, dekat tapak pembinaan jambatan, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, mayat berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.


“Untuk makluman awal, tiga mayat yang mati lemas di Jambatan Sungai Krian telah ditemui. Laporan penuh akan menyusul,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Ditanya mengenai keadaan mayat, beliau menyatakan sudah mengembang susulan tragedi yang memasuki hari ketiga.
Menurutnya, mayat juragan warga tempatan telah ditemui lebih awal pada pagi Sabtu.
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.








