ARTIKEL

Enam suspek ditahan disyaki terlibat dengan dadah di Roban.

Polis Saratok cekup enam individu terlibat dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ROBAN: Polis merampas 24.86 gram methamfetamin susulan penahanan enam individu termasuk seorang wanita di Roban.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, berkata dadah yang dianggarkan bernilai RM2,734.60 itu ditemui di dalam sebuah beg.

Syabu yang dirampas ketika serbuan di sebuah rumah di Roban.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota menyerbu sebuah rumah di Roban dan menahan lima lelaki serta seorang perempuan warga tempatan.

“Kita turut merampas beg yang mengandungi peket plastik lutsinar bersaiz besar dan kecil, mengandungi ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 24.86 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan awal terhadap suspek pertama berusia 45 tahun yang mempunyai lapan rekod jenayah, jelasnya, mengaku kali terakhir mengedar dadah di kawasan Roban pada Mei lalu.

“Suspek mengaku mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki tempatan di Kabong dan mula mengedar dadah sejak 2023,” ujarnya sambil menambah suspek yang beralamat di Roban itu didapati positif dadah jenis amfetamin dan methamfetamin.

Tambah Mathew, tangkapan lain membabitkan individu berusia 15 hingga 41 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Serbuan terdahulu dilakukan oleh polis IPD Saratok dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha