ARTIKEL

Datuk Mohamad Zainal Abdullah menyerahkan sumbangan kepada pesara polis dan orang awam. Foto TVS

Polis Sarawak pertimbang guna SOSMA perangi sindiket dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Polis Sarawak bakal menggunakan peruntukan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi menumpaskan dan melumpuhkan kegiatan sindiket dadah di negeri ini.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata langkah itu sedang diteliti memandangkan tindakan sebelum ini kebiasaannya dijalankan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


“Selama ini kita menggunakan ADB 1952 dan akan turut melaksanakan tindakan perlucutan harta. Namun, ada kewajaran untuk kita gunakan SOSMA bagi sindiket-sindiket ini supaya dapat

melumpuhkan keseluruhan rangkaian.
“Jika gunakan ADB, tindakan hanya boleh diambil terhadap individu yang memiliki dadah, tetapi melalui SOSMA di bawah jenayah terancang, kita boleh bertindak terhadap keseluruhan sindiket,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Kepimpinan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak Bilangan Tiga di Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas, hari ini.


Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, penggunaan SOSMA wajar dipertimbangkan kerana undang-undang itu mempunyai kesan pencegahan lebih tegas terhadap kegiatan jenayah terancang.


“SOSMA ini sangat digeruni kerana pesalah tidak boleh dijamin sehingga selesai perbicaraan. Hanya dalam keadaan tertentu seperti faktor kesihatan, mahkamah boleh membenarkan jaminan.
“Kes di bawah SOSMA adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin sehingga selesai perbicaraan dan rayuan,” jelasnya.


Tambahnya, selain SOSMA, polis turut mempertimbangkan penggunaan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) terhadap sindiket yang terlibat bagi menjejaki dan menyita aset mereka.


Menurutnya, sepanjang tahun ini Polis Sarawak berjaya merekodkan nilai sitaan melebihi RM17 juta, melibatkan pelbagai aset pengedar dadah termasuk wang tunai.


Tegasnya, jenayah dadah kekal sebagai keutamaan utama PDRM Sarawak, dan beliau telah mengarahkan setiap ketua polis daerah untuk menjalankan tangkapan secara berterusan.
“Saya tetapkan supaya semua ketua polis daerah membuat tangkapan terhadap mereka yang terlibat dengan dadah setiap hari tanpa gagal.
“Dalam tempoh tiga minggu ini, jumlah tangkapan meningkat dengan ketara,” katanya.


Mohamad Zainal berkata, pendekatan agresif ini bukan sahaja menyekat aktiviti pengedaran dadah, malah turut membantu mengurangkan jenayah lain.


“Dadah sering menjadi punca kepada jenayah seperti kecurian, termasuk kes curi kabel. Kebanyakan mereka yang terlibat memerlukan wang untuk membeli dadah.


“Sebab itu kita perlu perangi pembekal dan pengedar ini habis-habisan, termasuk dengan pendekatan undang-undang yang lebih menyeluruh,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i