ARTIKEL

Polis sedang kenal pasti suspek melarikan motosikal di Matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis kini sedang mengenal pasti suspek yang disyaki melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha MT-15 di hadapan rumah di Taman Malihah, Jalan Matang-Batu Kawa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan telah membuka kertas siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun.

“Pihak polis dalam tindakan lanjut bagi mengenal pasti suspek sebenar dalam kes ini sama ada pelaku adalah orang tempatan ataupun sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Zainal memohon orang ramai yang ternampak penunggang yang mencurigakan agar berhubung dengan pihak polis.

Dalam masa yang sama beliau menasihatkan orang ramai agar menambah kunci tambahan dan tidak meletakkan motosikal sembarangan tanpa di pasang kunci tambahan.

Beliau turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati ketika meninggalkan barang berharga.

“Jangan sesekali memberikan ruang kerana ia akan menjadi satu peluang kepada pelaku untuk melakukan jenayah.

“Orang awam juga sangat dialu-alukan untuk berkongsi apa-apa maklumat dalam usaha membanteras jenayah dan seterusnya membawa penjenayah ini ke muka pengadilan,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha