ARTIKEL

Polis siasat akaun TikTok palsu guna nama menteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung akaun TikTok menggunakan nama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang disyaki palsu dengan penggunaan teknik kecerdasan buatan (AI).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata akaun TikTok yang menawarkan bantuan kewangan bagi tujuan tertentu itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang tawaran bantuan kewangan melalui media sosial serta sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Polis memberi amaran tegas bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam pelanggaran undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataan, hari ini, meminta orang ramai berwaspada terhadap kewujudan akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan nama dan gambar Saifuddin Nasution untuk tujuan penipuan.
Pejabat Menteri berkenaan turut memaklumkan telah membuat laporan kepada polis dan pihak TikTok berhubung perkara itu.

Setakat ini, tiga akaun palsu telah disekat oleh TikTok iaitu Saifuddin_Nasution0, Saifuddin_Nasution1 dan Saifuddin_Nasution12.— BERNAMA

BERITA LAIN

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah