ARTIKEL

Polis siasat identiti rangka manusia dalam guni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANGAR: Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pada 26 Julai lalu ialah rangka manusia.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata polis kini mengesan identiti individu terbabit serta menyiasat sama ada wujud unsur jenayah dalam penemuan itu.

Beliau berkata tulang berkenaan disahkan milik manusia dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala siasatan masih diteruskan.

Pada 26 Julai lalu, polis menerima maklumat mengenai penemuan guni itu daripada seorang lelaki yang sedang menjalankan kerja meracun di kebunnya seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU