ARTIKEL

Kredit: PDRM

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 30 Tan Minyak Sawit Mentah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Cubaan dua lelaki menjalankan kegiatan pemindahan minyak sawit mentah secara haram berjaya dipatahkan apabila mereka ditahan ketika sedang leka melakukan aktiviti itu dalam serbuan Ops Taring Palma di sekitar Taman Jalan Kem, Klang, Selangor, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt  Amanjit Singh berkata serbuan bersepadu pada 4 petang itu dijalankan oleh Cawangan Risik PGA Semenyih bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Pelabuhan Klang serta Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Beliau berkata kedua-dua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti berkenaan, manakala hasil pemeriksaan di lokasi menemukan serta merampas kira-kira 30 tan minyak sawit mentah.

“Turut disita sebuah lori treler tangki bersaiz 40 kaki, sebuah lori jenis rigid muatan tiga tan serta beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amanjit berkata keseluruhan nilai rampasan bernilai RM505,000 dan kedua-dua suspek ditelah iserahkan kepada pihak MPOB Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut. 

Katanya kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) dan Akta Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU