MIRI: Polis Daerah Miri menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing pada Ahad lalu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah (KPD) Miri, ACP Alexson Naga Chabu, berkata penangkapan dibuat sekitar jam 4 petang di Jalan Miri-Bintulu.
“Kita telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis methamphetamine berjumlah 24.66 gram semasa pemeriksaan di tempat kejadian.
“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM2,715,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak lebih daripada lima tahun.
“Dia juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan,” katanya lagi.
Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.
Pihak polis menasihatkan orang awam, yang mempunyai maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah, untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.



