ARTIKEL

MAKLUMAN…Mohd Irwan Hafiz (dua kiri) memaklumkan kepada Chong bahawa seorang lelaki disyaki terlibat dalam beberapa kejadian membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Batu Kawa, ditahan malam tadi.

Polis tahan individu baling batu ke arah kenderaan di Jalan Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Batu Kawa, malam tadi.

Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata, penahanan suspek itu dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, ketika beliau membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Padawan hari ini bersama dengan pembantunya, Sim Kiat Leng.

MANGSA…Antara orang awam yang menjadi mangsa suspek dalam beberapa kejadian membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Batu Kawa.

“Kami diberitahu bahawa suspek ditahan ketika sedang menyusun batu di pembahagi jalan di Jalan Batu Kawa. Penampilannya juga sepadan dengan individu yang dirakam melalui dashcam (kamera papan pemuka),” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Chong, kejadian membaling batu yang berlaku beberapa kali sebelum ini menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan kenderaan yang melalui jalan tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Susulan kejadian berulang itu kata beliau yang juga Adun Padungan, polis mengatur rondaan berkala sepanjang laluan terbabit sejak sebulan lalu dan yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek.

“Saya menghargai usaha gigih pihak polis yang tidak mengenal penat lelah demi memastikan keselamatan masyarakat. Penangkapan ini hasil dedikasi mereka,” ujar Chong.

Bagaimanapun kata beliau, polis tidak menolak kemungkinan terdapat lebih daripada seorang individu terlibat dalam insiden tersebut.

Ketika ini, suspek ditahan untuk siasatan lanjut termasuk pemantauan kesihatan mentalnya. Pihak berkuasa juga sedang memohon kepada mahkamah agar suspek terus direman.

Chong turut menyeru orang awam agar terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau sebarang aktiviti mencurigakan.

“Kita semua mahukan jalan raya yang selamat. Oleh itu, kerjasama masyarakat sangat penting dalam membantu pihak berkuasa membanteras jenayah,” tambah beliau.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah