ARTIKEL

Kredit: Bernama

Polis tahan lapan individu kes pukul di Seri Alam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun di sebuah rumah di Plentong Baru dekat sini, kira-kira 2.30 pagi semalam, susulan video tular memaparkan seorang lelaki dipukul.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak dalam kenyataan berkata pihaknya turut mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa pada Ahad (20 April) yang menyatakan kejadian berlaku pada 18 April kira-kira 9.30 malam di kawasan Perumahan Pangsapuri Plentong Baru, Masai.

Terdahulu, video kejadian memukul lelaki berusia 21 tahun itu, berdurasi 2 minit dan 7 saat, tular melalui akaun Facebook Komuniti Bandar Seri Alam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah pergi ke pangsapuri terbabit atas jemputan kenalan (perempuan) di media sosial namun sebaik sahaja sampai di rumah itu dia telah dikurung, dipukul dan dicederakan oleh lapan suspek.

“Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian bibir dan telinga kiri serta sakit selain terdapat bengkak di bahagian badan,” katanya. 

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati lima daripada suspek mempunyai pelbagai kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah selain empat daripadanya positif dadah jenis metamfetamina. 

“Kesemua tangkapan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) sehingga Sabtu depan (26 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 324, 342 dan 385 Kanun Keseksaan,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu