ARTIKEL

PDRM

Polis Tahan Lelaki Disyaki Rogol Teman Wanita Di Bau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan polis selepas dipercayai merogol teman wanitanya yang merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah kampung dekat sini, November tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Pemangku Superintenden Mohd Haide A. Rahman, perbuatan itu mengakibatkan mangsa kini disahkan hamil tiga bulan.

“Kejadian terbongkar apabila ibu mangsa membawa remaja tersebut ke klinik selepas mengalami muntah dan demam.

“Pemeriksaan lanjut di Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pakar obstetrik dan ginekologi mengesahkan kehamilan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haide menambah, suspek ditahan di rumahnya tidak lama selepas laporan polis dibuat oleh ibu mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek melalui media sosial sebelum mereka berhubung secara lebih rapat.

“Mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek dengan alasan ingin berjumpa ibu bapanya. Namun setibanya di rumah, tiada sesiapa di situ dan mangsa dibawa ke bilik tidur.

“Selepas kejadian itu, mangsa memutuskan hubungan dengan suspek dan keadaan sebenar diketahui apabila dia mendapatkan rawatan kesihatan beberapa bulan kemudian,” katanya.

Mohd Haide berkata, polis merakam percakapan mangsa dan saksi serta melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.

Suspek juga katanya akan dirujuk ke hospital bagi pengambilan sampel darah untuk membantu siasatan dan memastikan bukti dapat dikumpul secara sah.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga