ARTIKEL

Suspek ragut yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau ditahan hari ini.

Polis tahan lelaki disyaki terbabit kes ragut di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun, mempunyai 12 rekod jenayah lampau ditahan awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Nanga Chabu berkata, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 1.29 pagi.

Polis turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai berkaitan kejadian ragut di kawasan Demak pada 21 Oktober lalu.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing menunjukkan keputusan positif dadah.

“Suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Azami Ahmad Rasol, menerusi talian 016-8593994 atau Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

BERITA LAIN

Dua lelaki ditahan, kipas dan kabel dirampasa

MIRI: Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki terlibat dalam jenayah harta benda hanya 27 minit selepas menerima laporan berhubung kejadian di Jalan Pujut Padang Kerbau,

BERITA TERBARU