ARTIKEL

TAHAN… Lelaki berkenaan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Polis tahan lelaki positif dadah di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah, hasil serbuan yang dijalankan di sekitar daerah ini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Betong sekitar 1.40 tengah hari, susulan risikan rapi dan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Menurut beliau, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine, sekali gus mengesahkan pelibatan lelaki berkenaan dalam penggunaan bahan terlarang.

“Bagaimanapun, semakan lanjut menunjukkan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah sebelum ini,” katanya.

Beliau menambah, kejadian ini menekankan penyalahgunaan dadah boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

“Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara dan tindakan undang-undang yang tegas,” jelasnya.

Wan Mohamad Ali menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan dadah.

Katanya, usaha membanteras penyalahgunaan bahan terlarang akan dipergiat secara berterusan bagi memastikan keselamatan masyarakat.

Beliau turut menyeru orang awam agar memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada balai polis berhampiran atau terus menghubungi Balai Polis Betong.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU