ARTIKEL

Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes gaduh berkaitan perlawanan bola sepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUTTERWORTH: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang membabitkan sekumpulan individu selepas perlawanan bola sepak di sini, yang video insiden berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Siti Noor Salawati Saad berkata tiga lelaki berumur 30-an hingga 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian di Balai Polis Butterworth Ahad lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan keputusan pengadil serta beberapa provokasi antara penyokong, dan polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai terlibat dengan kejadian.

Katanya seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Nursyahirah Sarahani dengan menelefon 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siti Noor Salawati berkata polis juga meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan video kejadian itu dan mensensasikannya sehingga menimbulkan persepsi yang boleh menganggu ketenteraman awam.

Kejadian itu dipercayai berlaku semasa kejohanan bola sepak peringkat liga kawasan Bagan dan pergaduhan berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah