ARTIKEL

Polis Tahan Wanita Berumur 20 Tahun Disyaki Buang Bayi Di Perhentian Bas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di perhentian bas Jalan Perak, Pulau Tikus di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata bayi berkenaan yang diletakkan di dalam beg kertas ditemukan orang awam, yang kemudiannya membuat laporan di balai polis pada 10.14 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan oleh suspek di tempat kejadian pada 8.03 pagi.

“Hasil tindakan pantas, pihak polis telah menahan suspek warga tempatan disyaki ibu kepada bayi tersebut pada 2.20 petang di sebuah hospital swasta di George Town dan dengan tertangkapnya suspek, maka kes ini telah berjaya diselesaikan.

“Polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dan memberi kerjasama serta bantuan kepada pihak polis dalam siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rozak berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i