ARTIKEL

Pope Francis pemimpin agama yang merendah diri, penuh kasih sayang – Aaron Ago Dagang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemimpin gereja Katolik Pope Francis disifatkan sebagai pemimpin agama yang merendah diri, penuh kasih sayang dan berani memperjuangkan suara-suara yang terpinggir.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata pemergian mendiang bukan sahaja satu kehilangan besar buat penganut Katolik, malah dirasai oleh seluruh masyarakat dunia yang menghargai nilai kemanusiaan, keadilan dan keharmonian global (global peace).

“Mendiang juga sentiasa memperjuangkan isu kemiskinan, pelarian, keadilan sosial, terutama soal keadilan buat Gaza – yang turut disentuh dalam ucapan terakhir beliau pada Easter Sunday,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Sehubungan itu, Aaron menambah bahawa mendiang Pope juga menzahirkan erti sebenar perpaduan dengan menyeru kepada dialog antara agama untuk menghormati kepelbagaian dan memupuk keharmonian dalam kepelbagaian budaya serta kepercayaan.

“Justeru, saya merakamkan ucapan takziah kepada komuniti Katolik di seluruh dunia atas pemergian mendiang Pope Francis,” ujarnya.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun di kediamannya di Casa Santa Marta, Vatican pada jam 9.45 pagi waktu tempatan, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha