ARTIKEL

Foto X/@HarimauMalayaHM

Popopojie figura berpengaruh e-sukan tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan maruah negara daripada terus dipandang hina sebagai “pasukan badut” dalam Kejohanan Piala Asia Tenggara MLBB 2021, Muhammad Fauzi Ramli, 33, nekad mengubah nasib hidupnya dan kini muncul sebagai antara figura berpengaruh dalam arena e-sukan tempatan sebagai pencipta kandungan dan hos siaran langsung.

Bak kata pepatah, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu,” perjalanan anak kelahiran Perak yang lebih dikenali sebagai Popopojie dalam dunia e-sukan bukanlah mudah, apatah lagi beliau pernah menjadi mangsa diskriminasi dan buli suatu ketika dahulu.

Menyifatkan dunia e-sukan sebagai ruang ‘bebas’, Popopojie melihatnya sebagai peluang untuk mengejar impian tanpa rasa terkongkong atau terkesan dengan pandangan negatif masyarakat.

“Saya mula kenal permainan dalam talian sekitar 2017.

Pada mulanya, ibu saya skeptikal, katanya main permainan telefon hanya membuang masa dan tiada masa depan.

Tapi ketika itu, saya nekad untuk buktikan bahawa dunia permainan juga ada nilai dan mampu dijadikan kerjaya.

“Namun perjalanan itu tidak mudah, sehinggalah kemanisannya hadir pada 2021.

Ketika itu berlaku perbalahan antara pemain negara luar dan Malaysia.

Saya tertanya-tanya, kenapa perlu hina?

Selepas Malaysia menang satu pusingan, saya terus buat video dan tanpa disangka, video itu tular,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bekas penganalisis data di sebuah jenama sukan terkemuka itu berkata, sejak video tersebut tular, beliau mula menerima pelbagai tawaran dalam dunia e-sukan bermula dengan bayaran ratusan ringgit hinggalah ribuan ringgit.

Popopojie berkata detik itu menjadi titik tolak kepada peningkatan jumlah pengikutnya sehingga kini berjaya membina komuniti ratusan ribu pengikut yang aktif berinteraksi dengannya di alam maya.

“Saya pernah terlibat dalam satu acara selama seminggu dengan bayaran RM200.

Tapi saya ambil pendekatan positif, memang jumlah itu kecil, namun saya jadikan ia peluang untuk berkenalan dengan lebih ramai individu yang berpotensi menjadi klien pada masa depan.

“Saya juga biasa tawarkan pelbagai nilai tambah yang mungkin orang lain tak sediakan.

Tapi kalau ditanya secara jujur, memang ada masa saya rasa menyesal.

Namun saya tahu, masih banyak impian saya dalam dunia e-sukan dan ia tentunya ambil masa,” katanya yang menjadikan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad sebagai idola. — BERNAMA

BERITA LAIN

Jepun pilih Sarawak destinasi strategik pelaburan

KUCHING: Jepun meletakkan Sarawak sebagai antara lokasi penting bagi komuniti perniagaannya untuk melabur, yang secara tidak langsung terus memperkukuh hubungan antara kedua-dua wilayah. Duta Jepun

CG Esports cipta kejutan, mara ke pentas dunia

KUALA LUMPUR: Sebelum Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia (MPL MY) musim ke-16 membuka tirai pada September 2025, pasukan CG Esports sekadar disebut-sebut

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan