ARTIKEL

Populariti bukan jaminan untuk raih undi- Alim Empira 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dr Alim Impira

SERIAN: Calon Bebas Dr Alim Empira yang pertama kali menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 tidak menggunakan tiket populariti sebagai penyanyi popular tempatan untuk meraih undi di kawasan Serian.

Katanya, meskipun terkenal sebagai penyanyi tempatan di kawasan tersebut, beliau tidak mengharapkan ia sebagai satu tiket untuk meraih undi khususnya buat pengundi golongan belia.

“Bagaimanapun, saya mengharapkan mereka mengundi saya terutamanya pengundi-pengundi baru seperti Undi18 yang minat akan muzik.

“Melalui ini, mereka berpeluang membuktikan bahawa mereka mempunyai kreativiti dalam muzik dan nyanyian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Penamaan Calon PRU-15 di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Serian, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terhadap keahliannya yang bertanding atas calon bebas, beliau hanya menyerahkan kepada parti tersebut.

Selain itu, beliau mengakui masih menjadi ahli PBB dan parti tersebut tidak mengetahui bahawa beliau bertanding sebagai calon bebas.

“Saya hanya mahu menjadi calon bebas atas permintaan pengundi dan rakyat di kawasan ini dengan syarat tidak mengikuti mana-mana parti.

“Walau bagaimanapun, saya masih berpegang kepada falsafah PBB kerana ia ibarat situasi sebuah keluarga yang mana bapa mempunyai anak yang agak berbeza dengan yang lain,” ujarnya.

Alim Impira juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah selain bergelar penyanyi.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah