ARTIKEL

Singa. | Imej ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. | Bernama

Populasi singa Tanzania cecah 17,000: Pegawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DAR ES SALAAM (Tanzania): Populasi singa di Tanzania telah mencecah kira-kira 17,000, jumlah terbesar di dunia, kata seorang pegawai pada Isnin, lapor Xinhua.

Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber Asli dan Pelancongan Tanzania, Hassan Abbasi membuat pengumuman itu semasa perbincangan dengan Setiausaha Tetap di Kementerian Pelancongan, Hidupan Liar dan Barang Purba Uganda, Doreen Katusiime, yang mengetuai delegasi dalam rangka lawatan sambil belajar ke Tanzania.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada program perkongsian ilmu yang bertujuan untuk bertukar pengalaman dalam memerangi pemburuan haram dan perdagangan haram hidupan liar dalam kalangan negara yang melaksanakan projek pemuliharaan yang serupa.

Abbasi berkata usaha pemuliharaan Tanzania telah membawa kepada penurunan ketara dalam pemburuan haram dan pemulihan stabil populasi hidupan liar, terutamanya singa.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam pemuliharaan hidupan liar, pelancongan dan pengurusan sumber asli bagi meningkatkan sumbangan sektor tersebut kepada pembangunan mampan. — Bernama

BERITA LAIN

Singapura nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Arab Saudi

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerusi Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warganya supaya menangguhkan semua perjalanan ke Arab Saudi berikutan peningkatan ancaman keselamatan di rantau berkenaan. Langkah

BERITA TERBARU